Website Aliexpress
Membeli barang di ALIEXPRESS merupakan sesuatu yang
menyeronokkan bagi aku. Walaupun dulu aku pernah jadi Ebayer, tapi web ni
memang aku tak pernah beli barang. Sebabnya kebanyakan seller disini menjual
juga di Ebay.Memang tak dapat la nak lawan harga yang depa tawarkan. Kena pilih
niche yang lain. Ok, malas nak sembang sangat pasal aku pernah buat Ebay
dulu..kang melalut sangat citenya.
Aku pernah ceritakan
yang aku minat shopping kat Lelong. Kali ni kat AliExpress plak aku
try beli, sebab barang tu macam best je untuk aku marketkan di sini. Aku nak
try pasaran online dulu. Insyallah aku akan try market dulu sebelum aku beli
banyak lagi untuk roll dapat keuntungan yang sebenar. Hehe..
Apa aku beli pun aku
kena rahsiakan sebabnya barang ni kalau aku reveal, susah plak aku nak untung
nanti. Pasaran aku adalah media sosial, harap laku keras la produk ni. Kos aku
nak try produk ni pun murah je, dapat 10 ketul sekali order.Mana nak cari modal
rendah macam ni.
BEST KE BELI KAT ALIEXPRESS?
Best ke tak tu aku
taktau la kan, tapi nak cari supplier aku rasa kat sini adalah tempat the best
selain DHGate yang pemes dikalangan penjual Ebay dan juga online yang lain tu.
Cuma korang kena ada juga langkah berhati-hati nak membeli disini supaya korang
tak kena tipu la dengan seller yang tak bertanggungjawab.
Lagi satu, korang juga
kena banyak tahan sabar untuk tunggu barang tu sampai.Sebabnya kalau korang nak
kos yang murah atau FREE SHIPPING, barang korang akan sampai insyallah 20-30
hari ke Malaysia. Kalau korang nak cepat, pergi China dan beli sendiri atau
pergilah pick up sendiri..haha..dah beribu plak korang kena beli tiket
kan?
CARA BAYAR MACAM MANA?
Transaksi adalah dalam
USD sahaja dan korang tak boleh menggunakan Paypal. Sila gunakan debit kad atau kredit korang untuk membuat pembelian. Muktamad..aku
pun taktau la kenapa depa tak gunakan Paypal. Aku rasa ada issue mengenai
Paypal Limit kot..kan Paypal ni kekadang mengada juga dengan seller-seller ni.
Depa malas nak amek port, so depa kasi pulau Paypal.Tak kisah lah, asalkan
korang boleh buat transaksi dengan jayanya.
Sebelum bayar pastikan
korang kena pastikan duit dalam kad korang ada, ini bagi pengguna debit
kad.Siap tengok sekali berapa caj USD kepada Malaysia Ringgit. Sekarang ni dah
macam mahal sikit dari dulu rate 3.0, seronok je kalau nak shopping.
Kalau korang nak try,
pegi la beli barang-barang yang murah dah best kat sana. Tapi korang kena la
macam biasa, register dulu, dan pastikan nama dan juga alamat penghantaran
korang tu betul supaya tak tersalah nanti bila nak hantar. Banyak juga barang
pelik.
Ni contoh barang aku
beli screen protector tempered glass. Murah gler J. Harga kedai standard
dalam RM 40.00 (Kalau pandai cari pon dapat la dalam RM 30.00). Tapi aku beli
dalam RM 15.00 je.. Murah kan ?
Bungkusan barang
Screen Protector Tempered Glass
Assalamualikum cik sya ingin bertnya knp sll nk payment (cimbclik),payment xbjya cimb suh dftr txn bgai utk ape ya?
ReplyDeletePakai maybank2u bole x?
ReplyDeleteSya pun sme jgk cimbn maybank pun sme xleh nk buat payment kne g register tnx dlu
ReplyDeleteSy nk buat payment pn xleh.. Dia ckp issue card.. Kenapa ye??
ReplyDeleteuntuk payment oversea mmg bank akan filter untuk elak fraud.kne call bank sblum buat transaction.
ReplyDeletenak tanya...aliexpress ni pembayaran dia macam mana? lepas buat payment melalui debit kad just tunggu barang sampai atau kita kena bayar apa² lagi supaya barang tu sampai dekat kita?
ReplyDelete