Friday 20 February 2015

Cara buka akaun Paypal

Apa khabar semua, harap semua dalam keadaan sihat selalu. Okay. Berkaitan Paypal, anda tahu Apa itu Paypal? Paypal merupakan satu website dimana kita boleh terima duit dan pindahkan duit dengan selamat ke serata dunia. Anda boleh menggunakan paypal bagi tujuan membeli. Sebagai contoh di ebay dan sebagainya.


Bagi yang first time, mungkin anda terfikir selamat ke kalau aku guna Paypal ni?? Ermm..Sepanjang saya guna Paypal Alhamdulillah SELAMAT :) saya berani jamin.


Cara buka akaun Paypal



Penggunaan Paypal lebih kepada peringkat antarabangsa. Jika anda ingin membuka bisnes online untuk peringkat antarabangsa seperti ebay. Maka penggunaan Paypal digalakkan. Selain menjual, membeli pun boleh juga :).



Okay, ni antara langkah-langkah yang perlu anda lakukan :


  • Pergi ke Paypal dan klik Sign up.
  • Pilih samada nak "Primarily" @ "Business"
  • Isi semua maklumat yang diperlukan. (Isi semua ye)
  • Isi fon number untuk verify.
  • Last sekali, klik "Agree and create account".

Cara buka akaun Paypal
Langkah 1



Cara buka akaun Paypal
Langkah 2



Cara buka akaun Paypal
Langkah 3


Settle... Senangkan ? Hanya dengan beberapa langkah :)
Lepas settle bahagian tu, ada satu lagi bahagian yang agak complicated. Iaitu verify card bank anda.

Pastikan kad bank anda ada ciri - ciri berikut :
  • Merupakan kad debit.
  • Ada logo "VISA" @ "Mastercard".
  • Mempunyai baki sekurang-kurangnya Rm 40.
  • Isi form verify bank anda.

Cara buka akaun Paypal


Cara buka akaun Paypal


Okay, untuk tahap ini pihak Paypal akan mengenakan caj sebanyak RM 10. Tapi anda jangan kuatir sebab pihak Paypal tidak ambil duit anda tu.. cuma dorang masukkan ke dalam akaun paypal anda. :)

Untuk confirmation debit kad, log in akaun paypal anda dan klik pada "Confirm Debit Card". Lepas tu, masukkan 4 angka rahsia. Macam mana nak dapatkan 4 angka rahsia ? Mudah je :) 4 angka rahsia boleh didapati di statement bank anda secara online seperti maybank2u, cimb click, dan lain2.

Sebagai contoh untuk maybank2u :
  • Log in "maybank2u".
  • Klik "Account and banking".
  • Last sekali klik "Debit card history" 

Cara buka akaun Paypal


Cara buka akaun Paypal

  • Anda akan diberikan 4 angka rahsia disitu :)
  • Ambil selepas perkataan "SALE PP XXXX ".
  • Masukkan(Update) 4 angka rahsia di akaun Paypal anda. 
  • Dan Save. Siap ! :)

Sekarang anda dah boleh membeli diperingkat antarabangsa. *Harga international lebih murah jika nk dibandingkan dengan di dalam Malaysia :)

Sebarang persoalan boleh ditanya di ruang komen. InsyaAllah, jika ada kelapangan masa saya akan membalasnya. :)








Saturday 14 February 2015

Pengalaman Membeli Di AliExpress Kali Pertama

Pengalaman Membeli Di AliExpress Kali Pertama
Website Aliexpress

Membeli barang di ALIEXPRESS merupakan sesuatu yang menyeronokkan bagi aku. Walaupun dulu aku pernah jadi Ebayer, tapi web ni memang aku tak pernah beli barang. Sebabnya kebanyakan seller disini menjual juga di Ebay.Memang tak dapat la nak lawan harga yang depa tawarkan. Kena pilih niche yang lain. Ok, malas nak sembang sangat pasal aku pernah buat Ebay dulu..kang melalut sangat citenya.

Aku pernah ceritakan yang aku minat shopping kat Lelong. Kali ni kat AliExpress plak aku try beli, sebab barang tu macam best je untuk aku marketkan di sini. Aku nak try pasaran online dulu. Insyallah aku akan try market dulu sebelum aku beli banyak lagi untuk roll dapat keuntungan yang sebenar. Hehe..

Apa aku beli pun aku kena rahsiakan sebabnya barang ni kalau aku reveal, susah plak aku nak untung nanti. Pasaran aku adalah media sosial, harap laku keras la produk ni. Kos aku nak try produk ni pun murah je, dapat 10 ketul sekali order.Mana nak cari modal rendah macam ni.

BEST KE BELI KAT ALIEXPRESS?

Best ke tak tu aku taktau la kan, tapi nak cari supplier aku rasa kat sini adalah tempat the best selain DHGate yang pemes dikalangan penjual Ebay dan juga online yang lain tu. Cuma korang kena ada juga langkah berhati-hati nak membeli disini supaya korang tak kena tipu la dengan seller yang tak bertanggungjawab.

Lagi satu, korang juga kena banyak tahan sabar untuk tunggu barang tu sampai.Sebabnya kalau korang nak kos yang murah atau FREE SHIPPING, barang korang akan sampai insyallah 20-30 hari ke Malaysia. Kalau korang nak cepat, pergi China dan beli sendiri atau pergilah pick up sendiri..haha..dah beribu plak korang kena beli tiket kan? 


CARA BAYAR MACAM MANA?

Transaksi adalah dalam USD sahaja dan korang tak boleh menggunakan Paypal. Sila gunakan debit kad atau kredit korang untuk membuat pembelian. Muktamad..aku pun taktau la kenapa depa tak gunakan Paypal. Aku rasa ada issue mengenai Paypal Limit kot..kan Paypal ni kekadang mengada juga dengan seller-seller ni. Depa malas nak amek port, so depa kasi pulau Paypal.Tak kisah lah, asalkan korang boleh buat transaksi dengan jayanya.

Sebelum bayar pastikan korang kena pastikan duit dalam kad korang ada, ini bagi pengguna debit kad.Siap tengok sekali berapa caj USD kepada Malaysia Ringgit. Sekarang ni dah macam mahal sikit dari dulu rate 3.0, seronok je kalau nak shopping.

Kalau korang nak try, pegi la beli barang-barang yang murah dah best kat sana. Tapi korang kena la macam biasa, register dulu, dan pastikan nama dan juga alamat penghantaran korang tu betul supaya tak tersalah nanti bila nak hantar. Banyak juga barang pelik.

Ni contoh barang aku beli screen protector tempered glass. Murah gler J. Harga kedai standard dalam RM 40.00 (Kalau pandai cari pon dapat la dalam RM 30.00). Tapi aku beli dalam RM 15.00 je.. Murah kan ?



Pengalaman Membeli Di AliExpress Kali Pertama 

Bungkusan barang


Pengalaman Membeli Di AliExpress Kali Pertama
Screen Protector Tempered Glass




Kepentingan Mengamalkan Sikap Menabung


Ramai dikalangan mereka yang baru memulakan pekerjaan menghadapi masalah untuk menyimpan wang. Gaji setiap bulan habis dibelanjakan tanpa mengetahui di mana wang telah dibelanjakan. Bila dicongak lepas bayar rumah sewa, bil handphone, beri pada mak dan abah dan sebagainya, ia habis bila sampai hujung bulan. Ia juga terjadi pada diri saya ketika saya mula-mula memulakan pekerjaan pada tahun 2013.

Kesedaran mula timbul untuk mula menabung dan mula menyimpan secara potongan gaji setelah mendapat nasihat daripada mak saya dan ia saya lakukan selepas saya bekerja selama 4 tahun. Ia satu jangka masa yang agak lama sebenarnya. Mak saya berpesan tak kisahlah berapa banyak wang yang akan disimpan sebulan, janji kita ada membuat menyimpan. Pakar kewangan mengesyorkan agar menyimpan 10% daripada hasil pendapatan bulanan kita secara tetap sebelum kita mencongak untuk perbelanjaan dan bayaran lain.

Alhamdulillah berkat nasihat dari mak saya, simpanan semakin bertambah hasil dari potogan gaji tu. Yelah...tanpa disedari wang kita secara automatik bertambah dari bulan ke bulan. Jika anda seorang usahawan separuh masa ataupun sepenuh masa lagi lah perlu secara istiqamah mengamalkan sikap menyimpan wang hasil daripada keuntungan perniagaan anda. Saya cadangkan anda buka akaun simpanan berlainan antara gaji anda dan keuntungan perniagaan anda. Itu satu tips tak seberapa dari saya.

Baiklah...untuk post kali ini saya ingin kongsikan kepada anda kepentingan mengamalkan sikap menabung. Manalah tahu ia akan mengubah persepsi anda dan mula membuka minda anda untuk mula menyimpan wang demi masa depan yang baik.


Kepentingan Mengamalkan Sikap Menabung


Kepentingan Menyimpan Wang


1) Demi masa depan

  • Kita sering mendengar nasihat ini " ....menabunglah demi masa depan". Tanpa kita sedari sebenarnya ramai dikalangan mereka yang telah pencen dari makan gaji merasa menyesal kerana pada usia muda tidak melakukan simpanan wang untuk masa depan. Mungkin bagi yang masih merasakan diri masih muda tidak nampak kelebihan menyimpan wang tetapi ia akan nampak kepentingannya selepas 20-30 tahun dari sekarang. Anda bagaimana ?

2) Meningkatkan pendapatan

  • Hasil dari simpanan kita di badan kewangan yang menawarkan dividen seperti ASB, Unit Trust dan seumpamanya sebenarnya memberi peluang untuk anda fahami ia bukan sekadar menyimpan. Bayangkan jika anda congak hasil simpanan anda setahun, andaikanlah RM1200 setahun maka keuntungan simpanan untuk dividen tahunan sebanyak 2% pun dah cukup menguntungkan iaitu sebanyak  RM24 setahun. Jika sampai 20 tahun anda tetap menyimpan secara tetap sebanyak RM100 sebulan, keuntungan simpanan anda telah bertambah sehingga RM480 menjadikan jumlah simpanan anda sebanyak RM24480. Terujakah anda ?

3) Sikap jimat cermat

  • Anda insyaallah bakal menjadi seorang yang penjimat. Penjimat di sini bukanlah sampai tahap kedekut sehingga perbelanjaan harian menjadi masalah. Jangan sampai orang menggelarkan sebagai bakhil lagi kedekut. Macammana tu ? Harap takdelah sampai macam tu yer. Ameeennnn...

4) Kecemasan

  • Sebagai manusia kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku di masa depan melainkan Allah. Kita tidak tahu bila masa kita, kedua orang tua kita (bagi yang masih ada), keluarga dan adik beradik akan ditimpa musibah. Tak mungkin pada masa tu kita akan meminjam dari rakan-rakan kita. Dah tentu mereka akan anggap kita ni 'pokai' kan walaupun sama-sama bekerja. Masa nilah kita akan tahu kepentingan menyimpan.

5) Modal perniagaan

  • Sampai satu tahap umur mengikut kajian iaitu pada umur 40 tahun kebiasannya mereka yang makan gaji akan mula berfikir untuk memulakan perniagaan sendiri untuk lari daripada makan gaji. Pada masa ini jika kita telah melakukan simpanan pada awalnya maka ia memudahkan kita untuk membuat pelaburan dalam bidang perniagaan pula.

6) Memiliki aset hartanah

  • Jika anda berhasrat untuk memiliki aset hartanah seperti rumah, ia memerlukan modal yang agak besar sebagai permulaan. Wang pendahuluan dan kos guaman agak tinggi perlu disediakan. Jika anda dapat membuat bayaran tersebut tanpa menggunakan KWSP melainkan anda menggunakan wang simpanan semata-mata pasti ia satu kelebihan buat diri anda berbanding dengan yang lain.

7) Pendidikan anak-anak dan hiburan

  • Kerajaan telah sediakan satu tabungan untuk pendidikan anak-anak seperti SSPN kepada rakyat. Pendidikan adalah paling penting untuk sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagil untuk masa depan anak-anak. Ibu bapa mana yang tak ingin memberi satu pendidikan yang terbaik kepada anak-anak mereka kan.


Dari segi hiburan pula saya cadangkan anda tetapkan simpanan untuk melancong di mana anda boleh berbincang dengan isteri anda untuk wujudkan satu akaun simpanan khas untuk pelancongan keluarga. Persetujuan kedua-dua pihak amat penting bagi merealisasikannya terutama bagi suami isteri yang bekerja. Pasti keseronokan akan terhasil demi kebahagiana keluarga khasnya.

Kesimpulannya, setiap hasil yang kita perolehi hendaklah kita 'tanam' azam untuk menyimpan dan mula lakukan ia secara istiqamah. Buat permulaan mungkin ia agak sukar untuk dilakukan dan dengan sedikit pendedahan dan ilmu tentang kewangan pasti ia bakal merubah objektif anda untuk menukar tabiat boros kepada tabiat menyimpan.

Masih ingatkah anda dengan perkataan ini " Sikit-sikit lama-lama jadi bukit" ?


Sekian. Terima kasih kerana sudi baca "Kepentingan Mengamalkan Sikap Menabung" di blog ini.
Sila share kepada kawan-kawan anda :)




Saturday 7 February 2015

Tips Simpanan Pendidikan Untuk Anak - Anak

SIMPAN EMAS UTK TABUNG PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Bila dah kahwin bermula lah kehidupan kita membina sebuah keluarga. Daripada berdua akan jadi bertiga, berempat dan bermacam-macam lagi. Apabila sudah mempunyai cahaya mata sudah tentu sebagai ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Bagi ibu bapa yang prihatin akan menyediakan tabung pendidikan anak-anak tidak kira melalui SSPN, tabungan bulanan ASB dan lain-lain lagi. Bagi pendapatan isi rumah yang kecil boleh mendisiplinkan diri dengan membuat simpanan RM 2 sehari untuk anak-anak bermakna sebulan kita mampu menyimpan RM60. Dan setahun kira-kira RM720. Jika dihitung apabila anaknya sudah mencapai usia 18 tahun simpanan pendidikannya adalah berjumlah RM 12960.

Jika sebelum kahwin guna Dinar emas sebagai Mas Kahwin, lepas kahwin simpan emas untuk tabung pendidikan anak-anak pula. Maklumlah dah ada orang ketiga. Kalau SIMPANAN WANG KERTAS DITUKAR KE SIMPANAN EMAS JUMLAHNYA PASTI AKAN BERLIPAT GANDA. Untungnya simpan emas kerana ia KALIS INFLASI. Kalau simpan duit, nilai RM12960 untuk 18 tahun akan datang mungkin tak sebesar mana. Tapi bila simpan emas at least 1 Dinar emas, kuasa belinya pada 18 tahun akan datang tetap sama dengan kuasa beli 1 Dinar hari ni, bahkan mungkin lebih. Andaian kenaikan emas 20% setahun dan 18 tahun bersamaan 360%. Banyak tu.

Katakan masa anak tu lahir kita beli 1 Dinar harga RM700. Setiap kali tahun ulang tahun hari jadinya hadiahkan 1 Dinar bermakna 18 tahun dah jadi 18 keping 1 Dinar. Selepas 18 tahun kenaikan adalah 360% yakni harga 1 Dinar pada waktu itu adalah RM2520. Ini bermakna tabung pendidikan untuk anaknya dah bernilai RM 45360.00.

Kaedah dan cara ini telah diamalkan oleh masyarkat cina sejak dahulu lagi. Bayangkan sekiranya berkemampuan buat simpanan emas 20g setahun beli pada harga RM3437. Maknanya selepas 18 tahun dah ada 18 keping 20g emas dengan kenaikan 360% berjumlah RM222717.60. Lepas duit untuk belajar, siap boleh beli kereta, dan ada baki lagi.. (itu andaian kenaikan 20% setiap tahun).

Simpanan emas sama seperti wang kertas yang disimpan di bank, Unit amanah saham dan unit trust. Dah tentu kita nak simpan lama kerana itulah jaminan kewangan masa depan dan keperluan tabung pendidikan anak-anak.

Nak join beli emas yg menguntungkan?..
[[ Penting Simpan Emas ? ]]
Penting ke simpan emas nie??
Kenape org sibuk2 nk simpan emas??
Mcm mane nk menabung emas dgn kos rendah??

Pentingnya menyimpan emas nie pon da ramai org tau... ade hadith yang  memperkatakan betape pentingnye menyimpan emas.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan,

Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham."

(Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal) Hadith Dhaif
Semua org sekarang nk simpan emas...

TAPI KENAPA ?

Sebabnya..emas merupakan simpanan fizikal yg kalis inflasi...walaupon jatuh naik nilainya...tp simpanan emas anda tetap dgn jumlah berat tersebut..
Nak simpan emas..tp ramai tawarkan harga mahal sbb kene beli minima 10g 20g 100g..mane de duet byk tuuu...

Jgn risau...kami di PowerGold menawarkan jumlah gram paling kecik...1g... penggangan kami..simpanlah emas walaupun 1g 1bulan...1g goldbar 999.9 pure gold kami TERMURAH dipasaran...utk goldbar 1g ekh...bukan per/gram...sbb kos utk membuat..lg kecil lg mahal..tp kami jual murah2 jek...niat kami nk semua org menabung emas fizikal

Peneraju Emas Murah Online
Kedai Emas Online Anda
1g 1bln 1keluarga 1kekayaan!!!
Apa yang menarik tentang 'pelaburan' emas?

Konsepnya sama seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) dimana anda mempunyai sejumlah wang kemudian dimasukkan ke dalam ASB. Setahun kemudian, anda akan diberi bonus dan dividen sehingga 8% untuk setiap tahun. Sama seperti emas, anda mempunyai sejumlah wang dan anda gunakan wang tersebut untuk membeli emas. Emas tersebut disimpan atau dipajakkan. Anda akan menerima keuntungan sehingga 30% setiap tahun. Bezanya antara ASB dan Emas ialah peratus keuntungan.


Contoh ASB:


Amzar mempunyai tunai RM10,000 di tangan. Dia boleh memilih sama ada untuk memasukkan duit tersebut ke ASB atau membeli emas. Amzar memasukkan RM10,000 ke ASB pada Januari 2011. Pada April 2011, dia mengeluarkan RM1,000 untuk membaiki kereta. Pada Disember 2011, baki simpanan ialah RM9,000 dan kadar dividen ASB ialah 8% maka baki akhir ialah RM 9,000 + 8% (RM720) = RM9,720.00 untuk tahun tersebut.


Contoh Emas:

Amzar mempunyai RM10,000 di tangan. Dia membeli tiga keping emas 20 gram dengan harga RM10,000. Pada April 2011, dia memajak sekeping emas dan mengambil duit pajak (RM1,000) untuk membaiki kereta. Pada Disember 2011, nilai emas yang disimpan masih kekal RM10,000 dan keuntungan 25% daripada harga emas semasa, maka baki akhir untuk tahun 2011 ialah  RM 10,000 + 25% (RM2,500) = RM12,500


Kelebihan simpan Emas:

  • Merupakan Aset simpanan yg berharga.
  • Aset yg mudah dan senang untuk diuruskan (mudah dibawa ke mana-mana).
  • Aset simpanan yg penting ketika keadaan ekonomi tidak stabil.
  • Merupakan aset yg boleh diturunkan kpd waris tanpa pertukaran dokumen.
  • Salah satu cara untuk menyimpan duit (lebih baik beli Emas drp beli sesuatu yg x berfaedah dan membazir).
  • Tidak memerlukan cukai selain drp Zakat Emas bagi orang Islam.
  • Sebagai hadiah kpd keluarga @ yg teristimewa.


Kalau dulu kita sanggup berhabisan duit beli HANDBAG MAHAL/ HANDFON MAHAL.. Skrg kita tukar.. Berhabisan SIMPAN EMAS!!!

Dgn Modal yg rendah..semua orang boleh start beli dan simpan Emas dgn cara yg terbaik !!!


Tips Simpanan Pendidikan Untuk Anak - Anak


****Tips Simpanan Pendidikan Untuk Anak - Anak****




Wednesday 4 February 2015

JENIS EMAS DAN KANDUNGANNYA


1)   Emas 999


• Mempunyai kandungan 99.9% emas
• Tidak di campur dengan bahan-bahan lain (Pure emas)
• Di kenali juga sebagai Emas 10 & Emas 24 Karat (24K)
• Kebanyakkan berbentuk ‘gold bar’.

2)   Emas 950

• Mempunyai kandungan 95.0% emas.
• Mempunyai 5.0% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 23 Karat (23K)

3)   Emas 916

• Mempunyai kandungan 91.6% emas.
• Mempunyai 8.4% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 22 Karat (22K)
• Amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas diseluruh Malaysia.

4)   Emas 835

• Mempunyai kandungan 83.5% emas.
• Mempunyai 16.5% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
• Di kenali juga sebagai Emas 20 Karat (20K)
• Amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas di Kelantan.

5)   Emas 750

• Mempunyai kandungan 75% emas.
• Mempunyai 25% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Paun atau Emas 18 Karat (18K)
• Kurang polular dikalangan pembeli emas kerana mutunya,



JENIS EMAS DAN KANDUNGANNYA


Standard Ketulenan Logam Berharga



JENIS EMAS DAN KANDUNGANNYA


Emas Mentah