Ramai dikalangan mereka yang baru memulakan pekerjaan menghadapi masalah untuk menyimpan wang. Gaji setiap bulan habis dibelanjakan tanpa mengetahui di mana wang telah dibelanjakan. Bila dicongak lepas bayar rumah sewa, bil handphone, beri pada mak dan abah dan sebagainya, ia habis bila sampai hujung bulan. Ia juga terjadi pada diri saya ketika saya mula-mula memulakan pekerjaan pada tahun 2013.
Kesedaran mula timbul
untuk mula menabung dan mula menyimpan secara potongan gaji setelah mendapat
nasihat daripada mak saya dan ia saya lakukan selepas saya bekerja selama 4
tahun. Ia satu jangka masa yang agak lama sebenarnya. Mak saya berpesan tak
kisahlah berapa banyak wang yang akan disimpan sebulan, janji kita ada membuat
menyimpan. Pakar kewangan mengesyorkan agar menyimpan 10% daripada hasil
pendapatan bulanan kita secara tetap sebelum kita mencongak untuk perbelanjaan
dan bayaran lain.
Alhamdulillah berkat
nasihat dari mak saya, simpanan semakin bertambah hasil dari potogan gaji tu.
Yelah...tanpa disedari wang kita secara automatik bertambah dari bulan ke
bulan. Jika anda seorang usahawan separuh masa ataupun sepenuh masa lagi lah
perlu secara istiqamah mengamalkan sikap menyimpan wang hasil daripada
keuntungan perniagaan anda. Saya cadangkan anda buka akaun simpanan berlainan
antara gaji anda dan keuntungan perniagaan anda. Itu satu tips tak seberapa
dari saya.
Baiklah...untuk post
kali ini saya ingin kongsikan kepada anda kepentingan mengamalkan sikap
menabung. Manalah tahu ia akan mengubah persepsi anda dan mula membuka minda
anda untuk mula menyimpan wang demi masa depan yang baik.
Kepentingan Menyimpan Wang
1) Demi masa depan
- Kita sering mendengar nasihat ini "
....menabunglah demi masa depan". Tanpa kita sedari sebenarnya ramai
dikalangan mereka yang telah pencen dari makan gaji merasa menyesal kerana
pada usia muda tidak melakukan simpanan wang untuk masa depan. Mungkin
bagi yang masih merasakan diri masih muda tidak nampak kelebihan menyimpan
wang tetapi ia akan nampak kepentingannya selepas 20-30 tahun dari
sekarang. Anda bagaimana ?
2) Meningkatkan
pendapatan
- Hasil dari simpanan kita di badan kewangan yang
menawarkan dividen seperti ASB, Unit Trust dan seumpamanya sebenarnya
memberi peluang untuk anda fahami ia bukan sekadar menyimpan. Bayangkan
jika anda congak hasil simpanan anda setahun, andaikanlah RM1200 setahun
maka keuntungan simpanan untuk dividen tahunan sebanyak 2% pun dah cukup
menguntungkan iaitu sebanyak RM24 setahun. Jika sampai 20 tahun anda
tetap menyimpan secara tetap sebanyak RM100 sebulan, keuntungan simpanan
anda telah bertambah sehingga RM480 menjadikan jumlah simpanan anda
sebanyak RM24480. Terujakah anda ?
3) Sikap jimat cermat
- Anda insyaallah bakal menjadi seorang yang penjimat.
Penjimat di sini bukanlah sampai tahap kedekut sehingga perbelanjaan
harian menjadi masalah. Jangan sampai orang menggelarkan sebagai bakhil
lagi kedekut. Macammana tu ? Harap takdelah sampai macam tu yer.
Ameeennnn...
4) Kecemasan
- Sebagai manusia kita tidak akan tahu apa yang akan
berlaku di masa depan melainkan Allah. Kita tidak tahu bila masa kita,
kedua orang tua kita (bagi yang masih ada), keluarga dan adik beradik akan
ditimpa musibah. Tak mungkin pada masa tu kita akan meminjam dari
rakan-rakan kita. Dah tentu mereka akan anggap kita ni 'pokai' kan
walaupun sama-sama bekerja. Masa nilah kita akan tahu kepentingan
menyimpan.
5) Modal perniagaan
- Sampai satu tahap umur mengikut kajian iaitu pada umur
40 tahun kebiasannya mereka yang makan gaji akan mula berfikir untuk
memulakan perniagaan sendiri untuk lari daripada makan gaji. Pada masa ini
jika kita telah melakukan simpanan pada awalnya maka ia memudahkan kita
untuk membuat pelaburan dalam bidang perniagaan pula.
6) Memiliki aset
hartanah
- Jika anda berhasrat untuk memiliki aset hartanah
seperti rumah, ia memerlukan modal yang agak besar sebagai permulaan. Wang
pendahuluan dan kos guaman agak tinggi perlu disediakan. Jika anda dapat
membuat bayaran tersebut tanpa menggunakan KWSP melainkan anda menggunakan
wang simpanan semata-mata pasti ia satu kelebihan buat diri anda
berbanding dengan yang lain.
7) Pendidikan
anak-anak dan hiburan
- Kerajaan telah sediakan satu tabungan untuk pendidikan
anak-anak seperti SSPN kepada rakyat. Pendidikan adalah paling penting
untuk sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagil untuk masa depan anak-anak. Ibu
bapa mana yang tak ingin memberi satu pendidikan yang terbaik kepada
anak-anak mereka kan.
Dari segi hiburan pula
saya cadangkan anda tetapkan simpanan untuk melancong di mana anda boleh
berbincang dengan isteri anda untuk wujudkan satu akaun simpanan khas untuk
pelancongan keluarga. Persetujuan kedua-dua pihak amat penting bagi
merealisasikannya terutama bagi suami isteri yang bekerja. Pasti keseronokan
akan terhasil demi kebahagiana keluarga khasnya.
Kesimpulannya, setiap
hasil yang kita perolehi hendaklah kita 'tanam' azam untuk menyimpan dan mula
lakukan ia secara istiqamah. Buat permulaan mungkin ia agak sukar untuk
dilakukan dan dengan sedikit pendedahan dan ilmu tentang kewangan pasti ia
bakal merubah objektif anda untuk menukar tabiat boros kepada tabiat menyimpan.
Masih ingatkah anda
dengan perkataan ini " Sikit-sikit lama-lama jadi bukit" ?
Sekian. Terima kasih
kerana sudi baca "Kepentingan Mengamalkan Sikap Menabung" di blog
ini.
Sila share kepada
kawan-kawan anda :)
No comments:
Post a Comment